Kelas Asas ICT (Asas Teknologi Digital)

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 14 Disember 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu “Asas Teknologi Digital” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas dan sejarah teknologi digital dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai maksud teknologi digital dan analog serta sedikit gambaran mengenai kedua-duanya. Kemudian, peserta diterangkan perbezaan antara teknologi digital dan analog dari segi flexibility, penggunaan kuasa, cara persembahan data serta tidak balas terhadap hingar. Peserta turut dijelaskan Bahasa komputer dan cara komputer berinteraksi dengan manusia serta cara komputer memproses data atau input kepada Bahasa yang komputer faham. Di samping itu, peserta diajar mengenai digits binari dan sedikit contoh digit binari bagi no decimal untuk pemahaman semua peserta.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali